Sabtu, 2 Ogos 2014

Kepercayaan Islam dalam Mantera Melayu

Dalam masyarakat Melayu, mantea wujud berdasarkan corak epercayaan mereka pada peringkat awal, iaitu animisme dan hidup secara sederhana. Proses evolusi yang berlaku dalam masyarakat dan budaya Melayu turut mepengaruhi corak kepercayaan anggotanya. Hal ini termasuklah kedatangan agama Hindu-Buddha dari India ke alam Melayu pada kurun ke-14 Masihi dalam empat peringkat pergerakan. Kedatangan agama itu menyebabkan berlakunya proses "penghinduan" dan perkembangan budaya Hindu.
Walau bagaimanapun, pengaruh itu agak terhad kerana orang Melayu tidak menganut agama Hindu-Buddha secara keseluruhan. Agama itu hanya diterima oleh golongan atau pemerintah untuk memperteguh kedudukan mereka, manakala masyarakat umum hanya menerima pengaruh itu untuk disesuaikan dengan kepercayaan warisan, tetapi tidak sampai mengubah pandangan hidup mereka. Agama Islam tersebar ke Tanah Melayu selewat-lewatnya pada abad ke-15.
Pada peringkat awal kedatangan Islam, masyarakat tidak menolak penggunaan mantera, malah mengamalkannya mengikut kesesuaian masa dan tujuan. Pengamal mantera yang berwibawa, seperti pawang, bomoh, ketua masyarakat, guru silat dan bidan, telah mengubah suai mantera yang berunsurkan animisme dan HIndu-Buddha dengan unsur Islam. Pengubahsuaian itu membolehkan mantera terus hidup dan digunakan oleg anggota masyarakat dalam pelbagai bidang kehidupan. Pada peringkat animisme, orang Melayu mempercayai kuasa ghaib penunggu dan hantu. Hindu-Buddha menampilkan dewa dan Islam melahirkan kepercayaan kepada Allah, malaikat dan rasul.
Proses penyesuaian amalan tradisi dengan kehendak Islam berlaku secara berterusan dan anggota masyarakat mengalami proses Islamisasi. Sebagai kesannya, mereka kembali menilai amalan tradisi dari semasa kesemasa. Pada hakikatnya, kebanyakan orang Melayu pada masa itu tidak memahami Islam secara keseluruhan kerana kepercayaan warisan  sudah bertapak lama di alam Melayu...

Ahad, 16 Jun 2013

Saran tulisan jawi pada papan tanda jalan

Jumaat, 7 Jun 2013


BATU PAHAT, KHAMIS, 06 Jun, 2013: Kerajaan disaran menggunakan tulisan jawi pada papan tanda nama jalan di seluruh negara sebagai usaha memelihara tulisan warisan negara itu dan memastikannya menjadi bacaan generasi muda.

Ketua Program Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Madya Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah berkata, meletakkan nama jalan dalam tulisan jawi adalah langkah pertama bagi mendidik masyarakat untuk membacanya.

Menurutnya, dalam keadaan teknologi yang semakin berkembang ketika ini, kerajaan perlu memastikan rakyat khususnya golongan muda masih dapat membaca tulisan jawi yang merupakan warisan negara sejak zaman dahulu.

"Saya mencadangkan kerajaan supaya menggunakan tulisan jawi pada setiap papan tanda nama jalan, bukan sahaja di negeri ini tetapi di seluruh negara kerana ia mampu mengajar anak muda untuk membacanya.

"Tulisan jawi perlu dimartabatkan kerana ia melambangkan sebuah kerajaan Melayu-Islam yang lama mentadbir negara ini, malah tulisan jawi juga akan melambangkan kebanggaan Melayu sendiri," katanya ketika berceramah pada sambutan peristiwa Israk dan Mikraj peringkat negeri di Masjid Pekan Rengit di sini semalam.

Majlis bermula dengan solat Maghrib, tahlil, solat Isyak dan ceramah itu turut dihadiri Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Pengerusi Jawatankuasa Agama, Abd. Mutalip Abd. Rahim dan Exco-Exco lain kerajaan negeri. - UTUSAN

Rabu, 13 Februari 2013

Sekapur sirih

Catatan di laman ini adalah reaksi daripada kemahuan memanfaatkan blog sebagai wahana komunikasi.